MAKLUMAT SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang adalah salah sebuah sekolah yang terletak di Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya terletak lebih kurang 13 km daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Pada awalnya, 1985, Tapak sekolah ini adalah merupakan bekas lombong yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh Majlis Daerah Gombak. Sekolah ini telah dibuka  dan digunakan pada 6 Januari 1986.

Mengapa Ditubuhkan

Sekolah ini didirikan di kawasan yang sedia ada kerana tempatnya yang strategik yang menjadi  titik pertemuan atau petengahan di antara kawasan penempatan yang berhampiran. Kawasan penempatan tersebut adalah Taman Selayang, Taman Amaniah, Kampung Sungai Tua, Kampung Jaya, Taman Batu Caves dan beberapa kawasan berhampiran yang lain. Bilangan penduduk yang semakin bertambah telah menyebabkan sekolah ini didirikan untuk menampung keperluan.
  
Bagaimana Sekolah Mendapat Nama

             Dahulunya, dinamakan Sekolah Menengah Rendah Batu Caves. Oleh kerana kedudukan Batu Caves yang terletak agak jauh  dengan sekolah, maka nama sekolah ini  ditukar kepada Sekolah Menengah Taman Selayang sempena nama kawasan perumahan yang berdekatan dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Selangor.

Pengasas Sekolah

Tokoh utama yang menerajui usaha membangunkan sekolah ini ialah Pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmat bin Mansor. Sebelum memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, beliau telah berkhidmat di dalam kerjaya pendidikan selama 25 tahun. Lantaran itu, Jabatan Pendidikan Selangor telah memberi kepercayaan kepada Tuan Haji Ahmat bin Mansor selaku “orang tempatan”  untuk menerajui usaha membina sekolah ini.


FALSAFAH SEKOLAH 



Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang (SEMENTAS) percaya bahawa semua murid dapat  diasah dan digilap menjadi insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi

PIAGAM SEKOLAH

1.         Mendidik murid dengan pelbagai kemahiran untuk menghadapi cabaran era globalisasi dan dunia tanpa sempadan
2.         Mencetus dan memelihara semangat permuafakatan semua pihak ke arah mencapai kecemerlangan diri murid
3.         Berusaha meningkatkan keupayaan diri ke arah penghasilan produk yang terbaik

VISI SEKOLAH

SEMENTAS MENJADI SEKOLAH TERBAIK ZON GOMBAK MENJELANG 2010


MISI SEKOLAH

1.         Memberi bimbingan berterusan dan bersungguh-sungguh kepada murid supaya potensi diri mereka dapat diperkembang
2.         Menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran serta modal insan yang berkualiti tinggi untuk merealisasikan matlamat kecemerlangan murid
3.         Mewujudkan iklim dan budaya yang kondusif di dalam dan di luar sekolah supaya            murid berasa selesa dan selamat