Rabu, 22 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013.

Dimarah-marah sudah, ditegur dan dinasihat dengan baik pun sudah..

Tapi masih sama keadaannya, masih malas, masih leka dalam angan-angan kosong, masih lagi baju dikeluarkan, masih lewat hadir ke sekolah, masih tak masuk ke kelas, masih merokok di tandas, masih tak buat latihan, masih tak siapkan folio, masih bergaduh, masih pau duit rakan, masih serong sekolah, masih membawa telefon ke sekolah, masih melawan guru, masih perasan diri tu hebat dalam serba-serbi.

Tak mengapalah, kamu yang 'menanam, kamu yang akan menuai hasilnya'.
Jadi, buat akhirnya, pilihan di tangan kamu. Kami telah pun buat yang terbaik untuk anak-anak didik sekalian. Kami tak sedikit pun rugi. Gaji kami masih sama, tak naik kalau kamu berjaya, tak berkurang pun kalau kamu gagal.

Cuma, naluri kemanusiaan kami para guru yang sayangkan kamu yang membuatkan kami tak jemu2 selagi usia dikandung jasad. Kami yakin, usaha kami akan berjaya akhirnya. Kami yakin, apa yang kami 'tanam, kami akan tuai hasilnya' kelak. Biarlah seribu tahun lagi, kami akan setia dan sabar menunggu 'hasil' itu.
Malahan, dalam hati ini, tidak pernah terbit sekali pun perasaan benci. Marah kami ada paksinya, marah ibarat seorang umi kepada anaknya, marah seorang bapa kepada zuriatnya, teguran seorang abang dan kakak kepada adik kesayangannya.

Kamu? Tepuk dada, tanya akal fikiran yang waras.

 

Selamat Hari Guru wahai pejuang. Berjuanglah selagi daya. Mudah-mudahan perjuangan ini bisa membantumu di Alam sana, In Sya Allah.
Semoga Allah merahmati usaha dan baktimu...



Tiada ulasan: