Rabu, 12 September 2012

Permohonan MTD Tingkatan 4 sesi 2013




Bagi yang berminat memasuki Maktab Tentera Diraja MTD untuk tingkatan 4 sesi 2013, Permohonan telah dibuka kemasukan MTD putera baru Maktab Tentera Diraja. Pelajar lepasan PMR 2012 yang mantap dari segi akademik, sukan, sosial, jati diri dan kepimpinan diperlawa untuk memohon.

Permohonan kemasukan tingkatan 4 ke Maktab Tentera diraja MTD dibuka bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki Warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2012. Syarat memohon adalah dengan mendapat 4 A (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) dalam peperiksaan percubaan PMR 2012.

Kelebihan belajar di Maktab Tentera Diraja (MTD)

MTD adalah sekolah berasrama penuh ( SBP ) dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan dan dianggap sebagai Sekolah Primier, Banyak kelebihan menyertai MTD antaranya :
  • Penginapan Percuma
  • Sajian 6 kali sehari percuma
  • Buku teks, buku tulis, buku kerja dan buku rujukan dibekalkan percuma
  • Pakaian seragam untuk kelas akademik, latihan ketenteraan, sukan, pakaian kebangsaan dan beberapa keperluan asas harian diberikan percuma.
  • Rawatan kesihatan percuma
  • Waran perjalanan pergi/balik ke kampung sekali setahun
  • Elaun bulanan sebanyak RM 100


Cara memohon ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2013

Permohonan sedang dibuka iaitu bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012.


Permohonan yang lengkap boleh terus dihantar di alamat yang disertakan  dibawah, sekiranya permohonan melalui POS, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25smx36sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat berikut :

Sel Pemilihan,

Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan,
Maktab Tentera DIraja,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

Borang permohonan BAT B 115 ( pin 3/03 ) yang telah lengkap diisi perlulah sampai ke alamat selewat-lewatnya pada 28 September 2012. Permohonan dan borang lewat tidak akan dilayan.

Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD ( UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.

Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2013, permohonan dianggap tidak berjaya. Untuk pertanyaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.

Bagi yang berminat dan bersedia untuk menempuhi alam pendidikan yang lebih variasi, bolehlah cuba untuk memohon belajar di Maktab Tentera Diraja MTD.

Pelajar yg berkelayakan dan berminat boleh mendapatkan borang dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Selayang selewat-lewatnya 28 September 2012.


Sumber :Permohonan MTD Tingkatan 4 sesi 2013

Tiada ulasan: