Ahad, 6 November 2011

selamat semuanya, amin!

Lame tak kemas kini blog ni, huhu... 

Masih tak terlambat untuk UBK Sementas ucapkan kepada pelajar2 yang beragama Hindu yang merayakan sambutan Pesta Cahaya pada minggu lepas. 



Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam. Semoga kehadiran 10 Zulhijjah membawa makna yang indah untuk kita semua dalam sama2 menelusuri pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dalam mematuhi suruhan Allah.


Kepada pembaca yang mempunyai akaun di Tabung Haji, jangan lupe mendaftar untuk menunaikan rukun Islam yang ke5 ni yer? Insya Allah akan dipermudah jika kita ade niat yang suci ini,

Haaaaa. kurang 192 jam dari sekarang, semua pelajar tingkatan 5 seluruh negara kita akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.... Dah sedia ke tu? Atau masih bermimpi di hadapan komputer riba menghadap facebook?? Apepun, UBK Sementas nak ucapkan kepada abang dan kakak tingkatan 5,


Ingatlah pesanan semua cikgu-cikgu anda.....



Buat adik2 peralihan hingga tingkatan 4, manfaatkan cuti sekola tidak lame lagi dengan aktiviti berfaedah yer? Tapi yang tingkatan 2 dan 4 tu dah boleh mula mengulangkaji pelajaran kot.. Tahun depan kalian pulak berada di alam peperiksaan.. Mudah2an panjang umur awal tahun 2012, kita ketemu lagi.


Insya allah, moga2 kita semua SELAMAT di dunia dan akhirat. Amin. Sayang anda semua. Muuaach!


Tiada ulasan: