Rabu, 21 September 2011

Titipan luahan minda kaunselor..

Esok hari penentuan, hari kejadian setelah berusaha membuat persiapan, mengatur langkah menyusun strategi masing-masing sebelum ke Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Gombak pada 22hb September 2011 yang akan berlangsung di SM Vokasional Sungai Buloh. Kepada rakan2 Guru Bimbingan dan Kaunseling @ Kaunselor 33 buah sekolah menengah lain di dalam daerah Gombak, semoga dengan terlaksananya program rintis ini, perkhidmatan kita dapat dinaik taraf, dijenamakan, direengeering serta mencapai matlamatnya. Kalah menang adat bertanding. Yang menang nanti, diucapkan tahniah, manakala yang tewas, kita sama-sama menilai segala kelemahan untuk diperbaiki pada masa akan datang..


Penggunaan ICT dan dunia maya tanpa sempadan kini telah menjangkau ruang lingkup yang tidak tercapai dek akal, mungkin itu yang akan terpacul di benak pencipta teknologi canggih ini jika beliau masih hidup. Segalanya mampu diakses dengan hanya menekan satu kekunci, maka sudah muncul di skrin komputer mahu pun laptop. Namun sebagai manusia bertamadun dan beragama, kita harus tahu menilai apa yang baik dan buruk dari maklumat yang dicari. Jangan mengikut nafsu muda, kelak buruk padahnya di hari tua. Sebaiknya kita menggunakan dunia maya ini bagi menjana potensi diri semaksima mungkin demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara kita yang tercinta, Malaysia.

Walau apa pun, gunakanlah medan blog dan facebook Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMENTAS yang telah dibina ini dengan niat yang suci murni, insya Allah jalan kita sebagai hamba-Nya akan dipermudahkan.

Tiada ulasan: